Pengikut YangDiapaksaUntukMengikut

Jumaat, 19 Februari 2010

Tip Hangat Daripada Habiburrahman El-Shirazy untuk Penulis Muda
www.iLuvislam.com
Aizuddinur Zakaria
Editor : Asjad Al Amin


Saya sempat menuntut ilmu dan falsafah penulisan daripada Tuan Habiburrahman El-Shirazy (penulis novel Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih).

Tipnya dikongsikan bersama agar lahir penulis yang amanah dan kreatif dalam membangun jiwa manusia.
1- Bagaimana mahu memperoleh ilham yang banyak?


  • Sebelum menulis, seseorang itu mesti mahu banyak membaca.

Ramai yang tidak bisa menulis kerana tiada ilham. Falsafah beliau, "Ilham seperti ikan di lautan. Kan banyak sekali. Penulis pula bak nelayan/pengail ikan. Ikan juga bisa berenang ke persisiran pantai. Tetapi bilangannya tentu sedikit sekali. Begitu juga ilham, kadang-kadang memang datang sendiri. Tetapi untuk memperoleh ilham yang banyak nelayan perlu berusaha untuk ke laut dalam. Justeru penulis mesti mahu menerokai ilham tersebut.

2- Apakah cara yang terbaik untuk seseorang penulis melahirkan karya yang mampu dijiwai pembaca?


  • Turutilah kesatunan laras bahasa ulama terdahulu.

Pelbagai masalah sosial yang berlaku pada hari ini merupakan pengulangan daripada zaman dahulu. Cuma, konteksnya sahaja yang berbeza. Jadinya ulama-ulama terdahulu telah menyentuhnya dengan laras yang halus dan mudah diterima oleh masyarakat pada zaman tersebut.

3- Jadi, apakah cara yang terbaik untuk penulis muda?


  • Dekati masyarakat.

Ya, saya sendiri suka untuk mentadabbur alam dan situasi masyarakat untuk mencari ilham. Dengan cara kita duduk dalam masyarakat seperti menaiki kenderaan awam dan sebagainya, mata kita mampu melihat lalu dianalisis oleh otak.

4- Apakah sumber utama yang wajar dirujuk sebelum menulis?


  • Sumber yang sudah menjadi kebiasaan kita.

Pertama ya Al-Quran. Dengan cara mentadabbur Al-Quran sahaja kita akan peroleh banyak ilham dan petunjuk. Kemudian menjadikan Sunnah Rasulullah dan Para Sahabat untuk rawatan dan pendekatan terbaik. Sebagai contoh dalam masalah perceraian. Tindakan Khalifah Umar dalam memelihara perkahwinannya wajar menjadi panduan bagi si suami. Ketiganya rujuk peninggalan alim ulama yang begitu santun menangani masalah umat. Terakhirnya, melalui pemerhatian dan analisa terhadap masyarakat kini.

5- Masalah karya terhenti separuh jalan, apa solusinya?


  • Penulis juga seperti engineer.

Sebelum membina gedung. Tentunya sudah siap satu grand design untuk menyiapkan satu bangunan. Berapa ukurannya? Bagaimana bentuknya? dan sebagainya. Sama juga seperti penulis, perlu ada big picture awalan, pertengahan dan akhir ceritanya. Nasihat saya tulis sehingga habis kemudian kita berhak untuk menukar jalan ceritanya. Kita sudah ada matlamatnya. Seperti mahu berjalan, destinasinya sudah ada, jalannyakan pelbagai.