Pengikut YangDiapaksaUntukMengikut

Sabtu, 18 Jun 2011

Malam apa yg paling bosan online fesbuk

Dalam banyak-banyak malam aku dok online fesbuk.Ada satu malam aku paling bosan.Nak tau malam apa?
Sabtuh malam ahad.Nak tau sebab apa?sebab hari Ahad tuh kebanyakkan budak asrama balik ostel.Nak tau sebab apa akuh bosan?sebab malam tuh kebanyakkan post yg diorang post semuanya luahan hati kata tak nak balik asrama arr tak nak balik penjara arr tak nak balik juvana arr.Dah arr ayat luahan hati diorang tuh sumuanya  macm apa ja.

BAgi akuh arr,kalau diorang nak balik, balik arr.Kalau tak nak,x yah arr balik.Tengok macam akuh sekarang ni, aku budak asrama aku tak nak balik jadi akuh x balik arr(tuh pasal akuh boleh berblogging setiap hari)..Aku tau mesti ada yang tak suka akan apa yang aku taip ni dan mesti akan kata

"fesbuk akuh,lantok aku le nak post apa"

Aku senang ja.Aku pun boleh kata

"blog akuh,lantok akuh le nk taip apa"

Hahaha.Kan senang..  Piece!

PANAS!!!Naikkan trafik tanpa blogwalking(TIPS)

Der-der sakalian .baru-baru ni akuh dapat tip macm mana nak trafik tinggi tanpa blogwakling arr itu arr ini arr.Menrut blog yg aku baru je fokus baca,dia kata kalau nk trafik tinggi,time jari dok tulis entry,hati kita kena ikhlas.Isyaallah nti ramai yang puas baca entry kita .Ha lagi satuh , kalau boleh entry tuh jangan banyak kencing orang..Menipu tuh...Dah dosa!!!

Ok bai-bai sekalian,dari petikan kat atas kali ni aku try buat entry berdasarkan tip-tip kat atas

: : :


Akuh tak ingat time tuh bilangan gigi , saiz , berat aku berapa.Aku terdngar satu cerita dari sapa entah.Arr tak kesah arr...Nak dijadikan cerita, kat bandar Ipoh(bandar paling sempoi tapi stylo) ni ada satu masjid yang dikenali seluruh warga bandar.Ada satu ari ni ada orang gila masuk masjid tuh .Orang gila masuk masjid lepas tuh terus je berdiri semayang.Masa tuh imam pertama dah abis semayang.Nak dijadikan cerita buat sekali lagi,time org gila tuh semayang, ada arr dua tiga orang yang masuk masjid tuh nk tunaikan solat .Diorang semua secara tidak  langsunya buat muka tak bersalah pegi tepuk bahu org gila tuh dr belakang(nak jadikan org gila tuh imam).Diorang mana tau yang imam tuh sebenarya gila.Haha.

Org gila tuh pon terkejut arr yang ada orang tepuk bahu dia dari belakang.Tapi dia tak peduli, dia terus je semayang dia tuh.Apa dia buat orang ikut je(sujud,rukuk smuanya arr).Apa yang dia buat semua ikut urutan bai.Akuh rasa dalam hati dia mesti kata

"Yahoo!ada orang ikut akuh buat apa saja yang akuh buat.Hebat betul akuh ni"

Dengan rasa gembiranya dia.Time orang sujud ikut apa yang dia buat, dia dok "usha" kat belakang melalui celah kang-kang dia.Agaknya dah tak tahan sangat kegembiraan  yang dialaminya ketika itu,dia terus buat keje gilaa(Ops!aku lupa pulak yang dia tuh mmg gila), dia terus berdiri tanpa cakap "allahuakbar" dan terus selamba budak blah dari situ.Yang mamat-mamat belakang dia dok sujud lagi...Lama jugak arr...AKu rasa mesti dalm hati diorg kata 

"ai?meninggai apa imam ni"

Dah tak tahan sangat ,sorang dari mereka pon bangun.Tekejotnya dia bila tengok imam da tak da sampai cakap


"dasyat gilerrrrrrr"


Dengar je mamat tuh cakap cam tuh,mamat-mamat len pon terus bangun dan terkejut!!!


:):):):)

*amacam bai?okeh tak entry ni..disebabkan tips tuh mengatakan jangan kencing ,guwa jujur la......yang entry ni hanya direka khas dari guwa.Cerita ni mmg penah berlaku.Tapi guwa dah lupa.Tu pon guwa tambah skit-skit.Bedasarkan tips tuh jugak,dia kata kena ikhlas.Guwa ikhlas buat entry ni sebab nk hiburkan hati der-der sekalian.Kalau tak terhibur, macam biasa arr, tumbuk je skrin .Piece

Jumaat, 17 Jun 2011

kisah seram penjara pudu

kisah ni btul2 trjadi.....takut beb....patut la penjara tu cm mnyeramkn... ....huh!! !!!!!!!!! Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil 'Bilik Terakhir'. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. 

Dinamakan 'BILIK TERAKHIR ' adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. 

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. 

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan 'Bilik Terakhir' itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? 

Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, 'Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa ' ' Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa ' Ha Ha Ha Ha Ha ' Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... ' 

hehehehehee. ....... ......... ..... time kaseh coz dengan kusyuknya korang baca........ p/s:- aku pun terkena...so apa salahnya aku foward kat korang... huah...huah. .. huah... huahhhhhhhhhhh

senior telan air liur junior

Akuh nak kongsi stuh cter ni yg mana aku mgenakan seorng senior yg ptut dikenakan.Zaman2 dulu ,kbnyakkan asrama ada je zaman jahiliyyah.Nak dijadikan cerita, asrama akuh dulu budaya suruh junior ambil air satuh cawan dah jdi pekara normal dah.akuh kat sana antara budak yg selalu kena suruh.

Ada satuh ari,aku pegi DS(dewan selera) nk makan malam.Tiba2 time akuh tgah dok amik nasi msuk kat ats pinggan,akuh dengar org memanggil aku.Aku dah agak da yg pgil tuh msti kaki kencing punya.KK(kaki kencin) tuh suruh akuh amik air dua gelas.Aku pon buat je la.

Time akuh bratur nak amik air,dalam hati akuh kate "ha ha ,lu bikin guwa panas aja...kalu dlm KL GAnster,org berani buat,brani tanggung,lu kencing,guwa pancung".so akuh p0n nk pancung arr KK tuh.Bila air tuh diisi separuh gelas,aku pun ape lagi...Kumpulkan sebanyak yang mungkin air liur aku dalam mulut smbil tersenyum...BIla dah penuh,akuh pon dengan banganya ludahkan air liur akuh tu kat dlm cawan tuh..lpas tuh,aku kacau skit air tuh bagi sebati.

Bila dah sebati, aku pgi kat meja yg dia tgh makan kat situ lalu bagi air tuh smbil berkata"bunk,nah air ni."lps tuh tros akuh blla..Dari jauh aku tgk dia minum air tuh dengan penuh nikmat sekali..HAHAHAHHA..padan muka!!!


 sekadar hiasan

Khamis, 16 Jun 2011

Masa kecil-kecil dulu(teringat kisah lama)

Dulu-dulu time akuh kecik-kecik  banyak benda yang bodo-bodo aku percaya...Maksudnya kalau sekarang ni aku dok ingat balik mesti äkuh kata pandai gila akuh ni..

Dulu-dulu  kalau waktu malam aku naik kete ngan bapak akuh,kalau nampak bulan mesti akuh dok pikir
"asal la bulan ni aku pegi mana pon dia ikut.padahal bapak akuh  dah bawa kereta dah jauh dah."
Ada sekali tuh akuh first-first akuh dok dalam kete, aku tengok bulan tuh asyik ikut akuh je..Bila lagi sekali akuh tengok da ilang...Akuh tanya kat mak akuh.Mak akuh jawap
"Bulan tuh hilang sebab ayah kamu bawa laju sangat.Dia tak sempat nk kejar"
Akuh pon time tuh percaya bulat-bulat.Sekarang barulah akuh tau yang bulan ilang sebab awan tebal yang halang..

Dulu-dulu bapak akuh selalu suruh akuh buat baik.Bila akuh tanya apa yg kita dapat kalau buat baik.Bapak akuh kata 

"kalau kita buat baik dapat PAHALA"

Aku time tuh tak tau apa maksud PAHALA,akuh pikir pahala tuh bagi otak kita jadi bijak.Nak tau sebab apa?Cuba korang sebut "PAHALA" dengan "KEPALA".Kalau dipanjangkan harakatnya bunyinya mcm nak sama.Aku dok pikir yang pahala tuh masuk dalam kepala sebab bunyi dua perkataan tuh macm  nak sama.Lepas tuh otak pun jadi la bijak..Sekarang ni kalau akuh pikir2 balik,mesti aku kata "Memang Bijak betul akuh ni"..

Dulu-dulu, kalau aku mandi laut ...Aku paling takut kalau pegi jauh-jauh.Sebab dulu akuh tak ingat sape entah yang kencing akuh kata

"Kalau nak mandi laut tuh, jangan pegi jauh-jauh.Nanti jatuh"

Aku pon percaya.Mana tak nya ,kalau akuh berdiri kat pasir smbil tengok laut.Aku nampak hujung laut tuh kalu aku pegi nanti boleh jatuh.Sekarang ni baru aku tau yang bumi ni bulat.Berenang tahap mana pon x kan jatuh.

Dulu-kalu kalau aku makan buah yang ada biji.Buah oren ke,buah limau ke.Aku hati-hati gila time makan.Takut tertelan bijik.AKu pikir kalau akuh telan bijik tuh,nanti ada pokok limau yang tumbuh dalam perut akuh.

DA arr...malas akuh cter lagi.Nanti kalau awek baca,buatnya diorang gelak kat akuh..Nanya ja....JAtuh harga akuh sebagai jejaka macho melaya..

Rabu, 15 Jun 2011

Kisah pelik zaman budak dulu.

Aku tak tau ape yang nak dipostkan untuk kali ini.Setelah beberapa kali memikirkannya,barulah keluar sebijik mentol kat kepala akuh.Macam ni situasinya :
 *jangan pikir aku berok ni pulak

Kali ini aku nak cerita time akuh masih mentah lagi(zaman belum ada jati diri).Aku dulu masa budak-budak dulu suka sangat buat benda yang pelik-pelik.Benda tuh kalau kalau korang pikir-pikir balik, mesti korang kata
"la....awat la bodo sangat akuh ni".
Ingat akuh x tau apa?Mesti ada punya arr...Kali ini aku nak cerita kisah akuh .

Perangai pelik aku pertama ialah dulu-dulu kalau dok naik kereta ke bas ke motor ke.Setiap perkataan yang akuh nampak tepi jalan semuaya akuh baca.Means cakap sorang-sorang la...Signboard la,nama kedai la,Shell la macam-macam la.
"Kedai Pecah Lemak,Stesyen Minyak Shell, Ipoh 14 Kilometer, Kenderaan berat masuk kiri, Rumah Urut Lim"  Kalau ingat balik mesti akuh ketawa sorang2..Hahah..

Perangai pelik akuh kedua ialah dulu-dulu time akuh darjah enam.Masa tuh akuh dah pandai bawa motor.Siap beli helmet  "KHI" lagi.Hari first je beli helmet tuh,ters je akuh pakai helmet tuh sambil bawa motor tuh pegi tempat tuisyen akuh.Padahal tempat tusyen akuh belakang rumah akuh je.Sekarang baru akuh sedar mesti orang yg tengok aksi akuh time tuh mesti gelak kat akuh...sumpah malu!


Perangai pelik akuh ketiga.Dulu-dulu akuh suka sangat buat rambut trojan pastu pakai gel yg kasi keras tuh.Aku pikir aku kacak arr buat cam tuh(maklumlah ikut trend budak2 zaman tu).Padahal macam burung belatuk !!!Apelah akuh ni?itu pon x boleh pikir ka?sumpah bodo time tuh.



Memang x boleh belah btul!!!da lah,cukup arr tiga isi je.Nanti x pasai-pasai korang gelak lebih-lebih kat aku pulak.

*Cuba korang ingat balik ape yg korang buat dulu sampaikan kalau korang ingat korang akn kata "awatla bodo sangat akuh time tu"

Selasa, 14 Jun 2011

Kisah di sebuah surau

Jari akuh dah longgar sbb asyik menaip aja.Kali ini punya entri aku x perlu menaip hingga memutuskanjari akuh.Tapi aku hanya perlu meraba-raba mouse dengan menekan butang kopi dan paste.


Boboi yang insaf
Kerana sudah berasa insaf, Boboi pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Boboi. Boboi tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Boboi menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Boboi kembali menepuk bahunya dan Boboi mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".


*amacam?ada gelak?kalau lu orang ada gelak,follow sama ini blog