Pengikut YangDiapaksaUntukMengikut

Rabu, 24 Ogos 2011

Diary ramadhan A S J A D

Aku tau ramai orang menanti-nanti kehadiran akuh di sini.Dah sebulan akuh tak update.Setelah lama akuh tak loogin fbok , tadi baru akuh log in . Perghh!!! punya la banyak notification , ada la lebih kurang sebelas,duabelas .. Excited habis arr . Ingatkan ramai awek yng post kat wall akuh cakap "Selamat hari raya" ke "Selamat bebuka Puasa" ke "Maaf Ku Pinta" ke,rupanya budak-budak kecil duk anta request farmville la, cityville la kat akuh yang dah digelar abg macho ni.Kecewa sungguh.Setelah akuh meraba-raba mouse tuh dekat hampir dua jam,baru akuh perasan punya la banyak gamba masjid arr,kubbah arr,ketupat arr org duk post kat wall .Baru akuh perasan yg ramadhan da nak abis.

Kalau mcm tuh bek akuh postkan pasal puasa sebelum dia habis.Tapi ! apa barang post kat fbook,setakat dua tiga kerat je boleh! Bak kat ong putih, tak de kelasss arrrr....

Tu pasal la akuh datang sini nak kasi citer skit kat korang semua macm mana kisah berpuasa kat asrama ni.


Aku ingat lagi masa malam 1 ramadahan , time lepas magrib .Time tuh semua abg2,akak2,adik2 ada kat surau. Siapa entah , ckap kat akuh

"Jad,dah konfirm esok puasa.Lu kan kaki cari public city, tunggu pa lagi , pegi la buat penguman kata esok puasa"

Aku pon cepat2 pegi tempat imam ,  capai microphorn . Terus cakap  dengan gaya suara pak cik yng salalu pakai baju melayu kat dlm tibi yng bagi tau esok puasa tu.


"Bismiallahhirahmanrahim, assalamualaikum warahmatuallah hiwabarakatuh, perhatian kepada semua pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak, di sini terdapat satu penguman" *time tuh satu surau senyap sbb nak dgr suara akuh*".........pada esok hari, iaitu 1 ogos 2011 bersamaan dengan  satu ramadahan 1432 hijrah, bermulanya berpuasa''

Time tuh kecoh terus, mcm  budak kecik dapat tau esok puasa.


Dua tiga detik lepas tuh, aku ulang balik  penguman tadi, tapi  kali ni punya pengguman , pendengar-pendengar semua lagi kecoh macam budak kecik dapat tau esok raya.Sebab kali ni punya penguman akuh bagi ada salah sikit pasal tarikh


"Perhatian kepada semua pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak, di sini terdapat satu penguman, pada esok hari,iaitu 1 ogos 2011 bersamaan dengan  satu hijrah 1432 ramadhan, bermulanya berpuasa''

Segan abih arr time tuh.Tapi x pe,dapat juga nama akuh naik mlm tu.


******************* 


BAZAR 



Kali ni akuh punya citer pasai  bazar pulak.Antara 700 lebih bebudak kat sana aku la yg paling banyak keluar.Dalam bayak banyak ari pegi bazar akuh baru tinggal dua ari je ,tu pon sbb bas penuh.

Aku pegi pon bukan ape pon, dapat la jugak "mencuci mata".hakhak.Aku rase opah opah yang juai makanan kat bazar tuh semuanya da cam akuh.Mana tak nya, setiap kali akuh gi situ je,aku perasan ramai jugak opah opah yg duk usha akuh , tak tau arr usha sbb apa , sebab akuh ni kacak sangat ke sebab dia perasan yg akuh ni salalu pegi situ ke atau pun dia pelik tengok akuh bawa banyak sangat beg plastik.

Citer pasal banyak beg plastik yg akuh bawa, nak juga akuh citer psal beg plastik ni. Kalau orang luar tengok best arr ,  sebab mesti diorang pandang akuh ni  kaya.Hakhaks.Tapi kalau budak maktab nampak akuh bawak beg plastik tahap gaban punya banyak mesti diorang kata 

"hahah.asjad asjad!! tak abes abes jadi kuli orang"

Tapi kalau budak perempuan , ayat dia lain skit


"Ala la..siannya Asjad.Sapa yg order kat dia banyak sangat tuh mmg manusia  kejam"

Tapi nak buat cam mana , tu la hakikatnya kalau pegi bazar ni setiap hari.Orang dah target akuh da nk order .Sebab diaorang tau yg akuh ni  konfirm pegi punya.Kalau order setakat karipap seringgit tak apa jugak, ini tak, order kalah bapak nak sebelas.Yong tau fu la, pesembor la, roti pistol la, roti john arr.Nasib baik tak da Roti Asjad.Kalau tak,pancit arr akuh ni.Dah la bulan pose.Paling akuh benci sekali kalau ada org suh kluarkan duit. Karang kalau akuh kata x boleh pulak, nti dia doa  bagi akuh makin x hensem , hampeh akuh.

da arr, nti akuh sambung lagi .Nak pegi berrak jap.Salammualaikum.

Sabtu, 9 Julai 2011

Operasi BERSIH sudah pun bermula

Alamak!Ada gas pemedih mata  air paip kena muka aku!

Pada tanggal 9 JUlai 2011 pada pukul 12:30 tgh hari.
Aku telah membuat operasi bemBERSIHkan badan.
Feeling habis bai.


SEKADAR HIASAN

Sabtu, 18 Jun 2011

Sebab apa aku tak suka kongsi makanan mahupun minuman.

Tangan akuh teketak-ketak balas komen cik awek-cik awek kat fesbuk.Ni semua gara-gara belum makan lagi.Mcm mana nak makan,ramai sangat cik awek yg nak sembang ngan akuh kat fesbuk(heheeeheebohong belaka).Sembang pasal makan teringin pulak akuh cerita pasal makan-makan,alang-alang teringin jugak akuh nk cerita pasal minuman-minuman.Senang cerita aku nak cerita pasal makan minum.

Aku salah satu benda yang akuh tak suka ialah kongsi-kongsi air,makanan,sudu,straw dengan kawan. Akuh pon tak tau la sebab apa.Ini semua gara-gara air liur.Sapa-sapa yang sma macam akuh yang ak tak suka kongsi-kongsi makanan ngan minuman ngan sudu ngan straw ni. Aku  rasa korang sama jenis darah ngan akuh.Aku tak suka kongsi bukan sebab akuh kedekut ok ! ! ! tengok ada tiga tanda seru,akuh series ni.

Salah satu faktor kenapa aku tak suka adalah, dalam kepala akuh dah set kalau kongsi je,mulut akuh akan jadi bau busuk.haha.Nak tau sebab apa?sebab dalam kepala akuh dah mmg set kalau lidah akuh kena bekas air liur orang lain nanti mulut akuh akan jadi berbau.Tu pasal kalau member akuh makan burger tak abis,dia nak bagi kat. aku aku cuma cakap 

"aku x suka makan burger"

malas cakap cerita sebenar, nanti diorang pikir aku ni pikir diorang tuh jijik.So,kalau korang makan benda-benda lazat macm mana pun,korang x perlu la cuak nak makan depan akuh.Akuh takkan mintak punya..!

*****

Sekarang ini akuh nk kongsi cerita macm mana kalau ade org nak sikit apa makanan mahupun minuman yang akuh tgah layan(maggi,air mineral,air kotak milo).

Kalau la org yg mintak akuh tuh memang kaki pau !!!cara nk mengelaknya senang je.Kalau makanan tuh berkuah,akuh amik je jari aku masuk kat dalam kuah tuh.Bagi selera diorang ilang sebab tengok jari akuh masukk dalam kuah makanan..haha!!!don't play-play.

Kalau orang yang mintak tuh kawan akuh tapi bukan jenis kaki pau.Aku bagi dia time dah tinngal sikit.Lepas tuh dia amil la semua.Akuh x kesah..

Kalau orng yg mintak tuh merupakan orang yang aku kena hormat.Aku tak kesah sama ada kuantiti makan tuh masih banyak mahupun sikit.Aku rela bagi je daripada akuh kongsi ngan dia..


Aku ingat lagi sapa entah.Dia pun mcm akuh jugak, tak suka kongsi-kongsi ni.Dia lagi gila! pegi ludahnya air liur dia kat dalam makanan tuh kasi org tak sanggup nk rasa.Tapi kawan dia tuh lagi gila rupanya.Sanggup dia ambil dan rasa makanan tuh.

Dah tuh ja..Akuh nak pegi makan jap.Jari aku dah macm ken pakinson.


*betul ke akuh eja pakinson?

Semua batal solat kerana akuh

Kalau korang penah jadi junior kat asrama akuh yakin mesti penah kena suruh macam-macam.Kena basuh baju la,kena basuh seluar la,kena basuh t-shirt la kena itu la ini la.Semuanya la......Akuh paling tak suka kalau suruh basuh spainder mahupun boxer.Tambah-lagi kalau benda alah tuh warna putih.Nampak daki-daki..Geli bai..Lagi satu kalau suruh masak maggi..Lecah bai....  Kalau akuh panas  sangat, akuh amik je jari  aku masuk kat lubang hidung lpas tuh  masuk kat dlm maggi tu.



Ade satu hari,aku lambat pegi surau untk solat magrib sebab time tuh pakai kain pelekat.Aku ambil masa setengah jam untuk pakai.Tetap loggar jugak,maklom le first-first pakai.Mcm korang pakai anset jugak.Ingat akuh tau apa? Korang first-first dapat enpon tak tau mcm mana nk send mesejkan...Hakhaks..

Kembali kepada cerita.Aku time tuh dah masbuk dua rakaat .Time akuh masuk surau makmum semua tengah sujud..Tiba-tiba ade senior yang panggil akuh.

"Woi budak .Aku nak ko sebut "Allahukbar" kuat-kuat.Bagi satu surau dengar.Kalau tak malam ni aku suruh kau gigit besi tangga sampai putus."

Kebetulan time tuh microphone rosak.Suara imam pon suara awek sopan santun.So, tak clear sangat arr.Aku pon dengan kuatnya jerit "allahukbar".

Bapak Gempak arr..Ramai gila makmum yang bangun dari sujud.Padahal imam tak bangun lagi.Kecoh bai..Tambah-tambah kaum hawa yg kat belakang tirai surau,diaorang ana tau apa.Bebudak laki semuanya dok toleh belakang nak tau sapa.

Akuh apa lagi, cepat-cepat keluar lepas tuh dok duduk dlm tandas lama-lama.Kalau kantoi mahunya masuk makhamah....

*jaran tiru aksi ini ini.Kalau nak buat jugak, pastikan dibawah jagaan ibu bapa...

Dah..tu je....akuh tau la entry ni tak menarik...kesian arr kat akuh bai...FOLLOw aku please..heeeheee

Malam apa yg paling bosan online fesbuk

Dalam banyak-banyak malam aku dok online fesbuk.Ada satu malam aku paling bosan.Nak tau malam apa?
Sabtuh malam ahad.Nak tau sebab apa?sebab hari Ahad tuh kebanyakkan budak asrama balik ostel.Nak tau sebab apa akuh bosan?sebab malam tuh kebanyakkan post yg diorang post semuanya luahan hati kata tak nak balik asrama arr tak nak balik penjara arr tak nak balik juvana arr.Dah arr ayat luahan hati diorang tuh sumuanya  macm apa ja.

BAgi akuh arr,kalau diorang nak balik, balik arr.Kalau tak nak,x yah arr balik.Tengok macam akuh sekarang ni, aku budak asrama aku tak nak balik jadi akuh x balik arr(tuh pasal akuh boleh berblogging setiap hari)..Aku tau mesti ada yang tak suka akan apa yang aku taip ni dan mesti akan kata

"fesbuk akuh,lantok aku le nak post apa"

Aku senang ja.Aku pun boleh kata

"blog akuh,lantok akuh le nk taip apa"

Hahaha.Kan senang..  Piece!

PANAS!!!Naikkan trafik tanpa blogwalking(TIPS)

Der-der sakalian .baru-baru ni akuh dapat tip macm mana nak trafik tinggi tanpa blogwakling arr itu arr ini arr.Menrut blog yg aku baru je fokus baca,dia kata kalau nk trafik tinggi,time jari dok tulis entry,hati kita kena ikhlas.Isyaallah nti ramai yang puas baca entry kita .Ha lagi satuh , kalau boleh entry tuh jangan banyak kencing orang..Menipu tuh...Dah dosa!!!

Ok bai-bai sekalian,dari petikan kat atas kali ni aku try buat entry berdasarkan tip-tip kat atas

: : :


Akuh tak ingat time tuh bilangan gigi , saiz , berat aku berapa.Aku terdngar satu cerita dari sapa entah.Arr tak kesah arr...Nak dijadikan cerita, kat bandar Ipoh(bandar paling sempoi tapi stylo) ni ada satu masjid yang dikenali seluruh warga bandar.Ada satu ari ni ada orang gila masuk masjid tuh .Orang gila masuk masjid lepas tuh terus je berdiri semayang.Masa tuh imam pertama dah abis semayang.Nak dijadikan cerita buat sekali lagi,time org gila tuh semayang, ada arr dua tiga orang yang masuk masjid tuh nk tunaikan solat .Diorang semua secara tidak  langsunya buat muka tak bersalah pegi tepuk bahu org gila tuh dr belakang(nak jadikan org gila tuh imam).Diorang mana tau yang imam tuh sebenarya gila.Haha.

Org gila tuh pon terkejut arr yang ada orang tepuk bahu dia dari belakang.Tapi dia tak peduli, dia terus je semayang dia tuh.Apa dia buat orang ikut je(sujud,rukuk smuanya arr).Apa yang dia buat semua ikut urutan bai.Akuh rasa dalam hati dia mesti kata

"Yahoo!ada orang ikut akuh buat apa saja yang akuh buat.Hebat betul akuh ni"

Dengan rasa gembiranya dia.Time orang sujud ikut apa yang dia buat, dia dok "usha" kat belakang melalui celah kang-kang dia.Agaknya dah tak tahan sangat kegembiraan  yang dialaminya ketika itu,dia terus buat keje gilaa(Ops!aku lupa pulak yang dia tuh mmg gila), dia terus berdiri tanpa cakap "allahuakbar" dan terus selamba budak blah dari situ.Yang mamat-mamat belakang dia dok sujud lagi...Lama jugak arr...AKu rasa mesti dalm hati diorg kata 

"ai?meninggai apa imam ni"

Dah tak tahan sangat ,sorang dari mereka pon bangun.Tekejotnya dia bila tengok imam da tak da sampai cakap


"dasyat gilerrrrrrr"


Dengar je mamat tuh cakap cam tuh,mamat-mamat len pon terus bangun dan terkejut!!!


:):):):)

*amacam bai?okeh tak entry ni..disebabkan tips tuh mengatakan jangan kencing ,guwa jujur la......yang entry ni hanya direka khas dari guwa.Cerita ni mmg penah berlaku.Tapi guwa dah lupa.Tu pon guwa tambah skit-skit.Bedasarkan tips tuh jugak,dia kata kena ikhlas.Guwa ikhlas buat entry ni sebab nk hiburkan hati der-der sekalian.Kalau tak terhibur, macam biasa arr, tumbuk je skrin .Piece

Jumaat, 17 Jun 2011

kisah seram penjara pudu

kisah ni btul2 trjadi.....takut beb....patut la penjara tu cm mnyeramkn... ....huh!! !!!!!!!!! Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil 'Bilik Terakhir'. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. 

Dinamakan 'BILIK TERAKHIR ' adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. 

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. 

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan 'Bilik Terakhir' itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? 

Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, 'Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa ' ' Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa ' Ha Ha Ha Ha Ha ' Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... ' 

hehehehehee. ....... ......... ..... time kaseh coz dengan kusyuknya korang baca........ p/s:- aku pun terkena...so apa salahnya aku foward kat korang... huah...huah. .. huah... huahhhhhhhhhhh