Pengikut YangDiapaksaUntukMengikut

Sabtu, 18 Jun 2011

Sebab apa aku tak suka kongsi makanan mahupun minuman.

Tangan akuh teketak-ketak balas komen cik awek-cik awek kat fesbuk.Ni semua gara-gara belum makan lagi.Mcm mana nak makan,ramai sangat cik awek yg nak sembang ngan akuh kat fesbuk(heheeeheebohong belaka).Sembang pasal makan teringin pulak akuh cerita pasal makan-makan,alang-alang teringin jugak akuh nk cerita pasal minuman-minuman.Senang cerita aku nak cerita pasal makan minum.

Aku salah satu benda yang akuh tak suka ialah kongsi-kongsi air,makanan,sudu,straw dengan kawan. Akuh pon tak tau la sebab apa.Ini semua gara-gara air liur.Sapa-sapa yang sma macam akuh yang ak tak suka kongsi-kongsi makanan ngan minuman ngan sudu ngan straw ni. Aku  rasa korang sama jenis darah ngan akuh.Aku tak suka kongsi bukan sebab akuh kedekut ok ! ! ! tengok ada tiga tanda seru,akuh series ni.

Salah satu faktor kenapa aku tak suka adalah, dalam kepala akuh dah set kalau kongsi je,mulut akuh akan jadi bau busuk.haha.Nak tau sebab apa?sebab dalam kepala akuh dah mmg set kalau lidah akuh kena bekas air liur orang lain nanti mulut akuh akan jadi berbau.Tu pasal kalau member akuh makan burger tak abis,dia nak bagi kat. aku aku cuma cakap 

"aku x suka makan burger"

malas cakap cerita sebenar, nanti diorang pikir aku ni pikir diorang tuh jijik.So,kalau korang makan benda-benda lazat macm mana pun,korang x perlu la cuak nak makan depan akuh.Akuh takkan mintak punya..!

*****

Sekarang ini akuh nk kongsi cerita macm mana kalau ade org nak sikit apa makanan mahupun minuman yang akuh tgah layan(maggi,air mineral,air kotak milo).

Kalau la org yg mintak akuh tuh memang kaki pau !!!cara nk mengelaknya senang je.Kalau makanan tuh berkuah,akuh amik je jari aku masuk kat dalam kuah tuh.Bagi selera diorang ilang sebab tengok jari akuh masukk dalam kuah makanan..haha!!!don't play-play.

Kalau orang yang mintak tuh kawan akuh tapi bukan jenis kaki pau.Aku bagi dia time dah tinngal sikit.Lepas tuh dia amil la semua.Akuh x kesah..

Kalau orng yg mintak tuh merupakan orang yang aku kena hormat.Aku tak kesah sama ada kuantiti makan tuh masih banyak mahupun sikit.Aku rela bagi je daripada akuh kongsi ngan dia..


Aku ingat lagi sapa entah.Dia pun mcm akuh jugak, tak suka kongsi-kongsi ni.Dia lagi gila! pegi ludahnya air liur dia kat dalam makanan tuh kasi org tak sanggup nk rasa.Tapi kawan dia tuh lagi gila rupanya.Sanggup dia ambil dan rasa makanan tuh.

Dah tuh ja..Akuh nak pegi makan jap.Jari aku dah macm ken pakinson.


*betul ke akuh eja pakinson?

Semua batal solat kerana akuh

Kalau korang penah jadi junior kat asrama akuh yakin mesti penah kena suruh macam-macam.Kena basuh baju la,kena basuh seluar la,kena basuh t-shirt la kena itu la ini la.Semuanya la......Akuh paling tak suka kalau suruh basuh spainder mahupun boxer.Tambah-lagi kalau benda alah tuh warna putih.Nampak daki-daki..Geli bai..Lagi satu kalau suruh masak maggi..Lecah bai....  Kalau akuh panas  sangat, akuh amik je jari  aku masuk kat lubang hidung lpas tuh  masuk kat dlm maggi tu.



Ade satu hari,aku lambat pegi surau untk solat magrib sebab time tuh pakai kain pelekat.Aku ambil masa setengah jam untuk pakai.Tetap loggar jugak,maklom le first-first pakai.Mcm korang pakai anset jugak.Ingat akuh tau apa? Korang first-first dapat enpon tak tau mcm mana nk send mesejkan...Hakhaks..

Kembali kepada cerita.Aku time tuh dah masbuk dua rakaat .Time akuh masuk surau makmum semua tengah sujud..Tiba-tiba ade senior yang panggil akuh.

"Woi budak .Aku nak ko sebut "Allahukbar" kuat-kuat.Bagi satu surau dengar.Kalau tak malam ni aku suruh kau gigit besi tangga sampai putus."

Kebetulan time tuh microphone rosak.Suara imam pon suara awek sopan santun.So, tak clear sangat arr.Aku pon dengan kuatnya jerit "allahukbar".

Bapak Gempak arr..Ramai gila makmum yang bangun dari sujud.Padahal imam tak bangun lagi.Kecoh bai..Tambah-tambah kaum hawa yg kat belakang tirai surau,diaorang ana tau apa.Bebudak laki semuanya dok toleh belakang nak tau sapa.

Akuh apa lagi, cepat-cepat keluar lepas tuh dok duduk dlm tandas lama-lama.Kalau kantoi mahunya masuk makhamah....

*jaran tiru aksi ini ini.Kalau nak buat jugak, pastikan dibawah jagaan ibu bapa...

Dah..tu je....akuh tau la entry ni tak menarik...kesian arr kat akuh bai...FOLLOw aku please..heeeheee

Malam apa yg paling bosan online fesbuk

Dalam banyak-banyak malam aku dok online fesbuk.Ada satu malam aku paling bosan.Nak tau malam apa?
Sabtuh malam ahad.Nak tau sebab apa?sebab hari Ahad tuh kebanyakkan budak asrama balik ostel.Nak tau sebab apa akuh bosan?sebab malam tuh kebanyakkan post yg diorang post semuanya luahan hati kata tak nak balik asrama arr tak nak balik penjara arr tak nak balik juvana arr.Dah arr ayat luahan hati diorang tuh sumuanya  macm apa ja.

BAgi akuh arr,kalau diorang nak balik, balik arr.Kalau tak nak,x yah arr balik.Tengok macam akuh sekarang ni, aku budak asrama aku tak nak balik jadi akuh x balik arr(tuh pasal akuh boleh berblogging setiap hari)..Aku tau mesti ada yang tak suka akan apa yang aku taip ni dan mesti akan kata

"fesbuk akuh,lantok aku le nak post apa"

Aku senang ja.Aku pun boleh kata

"blog akuh,lantok akuh le nk taip apa"

Hahaha.Kan senang..  Piece!

PANAS!!!Naikkan trafik tanpa blogwalking(TIPS)

Der-der sakalian .baru-baru ni akuh dapat tip macm mana nak trafik tinggi tanpa blogwakling arr itu arr ini arr.Menrut blog yg aku baru je fokus baca,dia kata kalau nk trafik tinggi,time jari dok tulis entry,hati kita kena ikhlas.Isyaallah nti ramai yang puas baca entry kita .Ha lagi satuh , kalau boleh entry tuh jangan banyak kencing orang..Menipu tuh...Dah dosa!!!

Ok bai-bai sekalian,dari petikan kat atas kali ni aku try buat entry berdasarkan tip-tip kat atas

: : :


Akuh tak ingat time tuh bilangan gigi , saiz , berat aku berapa.Aku terdngar satu cerita dari sapa entah.Arr tak kesah arr...Nak dijadikan cerita, kat bandar Ipoh(bandar paling sempoi tapi stylo) ni ada satu masjid yang dikenali seluruh warga bandar.Ada satu ari ni ada orang gila masuk masjid tuh .Orang gila masuk masjid lepas tuh terus je berdiri semayang.Masa tuh imam pertama dah abis semayang.Nak dijadikan cerita buat sekali lagi,time org gila tuh semayang, ada arr dua tiga orang yang masuk masjid tuh nk tunaikan solat .Diorang semua secara tidak  langsunya buat muka tak bersalah pegi tepuk bahu org gila tuh dr belakang(nak jadikan org gila tuh imam).Diorang mana tau yang imam tuh sebenarya gila.Haha.

Org gila tuh pon terkejut arr yang ada orang tepuk bahu dia dari belakang.Tapi dia tak peduli, dia terus je semayang dia tuh.Apa dia buat orang ikut je(sujud,rukuk smuanya arr).Apa yang dia buat semua ikut urutan bai.Akuh rasa dalam hati dia mesti kata

"Yahoo!ada orang ikut akuh buat apa saja yang akuh buat.Hebat betul akuh ni"

Dengan rasa gembiranya dia.Time orang sujud ikut apa yang dia buat, dia dok "usha" kat belakang melalui celah kang-kang dia.Agaknya dah tak tahan sangat kegembiraan  yang dialaminya ketika itu,dia terus buat keje gilaa(Ops!aku lupa pulak yang dia tuh mmg gila), dia terus berdiri tanpa cakap "allahuakbar" dan terus selamba budak blah dari situ.Yang mamat-mamat belakang dia dok sujud lagi...Lama jugak arr...AKu rasa mesti dalm hati diorg kata 

"ai?meninggai apa imam ni"

Dah tak tahan sangat ,sorang dari mereka pon bangun.Tekejotnya dia bila tengok imam da tak da sampai cakap


"dasyat gilerrrrrrr"


Dengar je mamat tuh cakap cam tuh,mamat-mamat len pon terus bangun dan terkejut!!!


:):):):)

*amacam bai?okeh tak entry ni..disebabkan tips tuh mengatakan jangan kencing ,guwa jujur la......yang entry ni hanya direka khas dari guwa.Cerita ni mmg penah berlaku.Tapi guwa dah lupa.Tu pon guwa tambah skit-skit.Bedasarkan tips tuh jugak,dia kata kena ikhlas.Guwa ikhlas buat entry ni sebab nk hiburkan hati der-der sekalian.Kalau tak terhibur, macam biasa arr, tumbuk je skrin .Piece

Jumaat, 17 Jun 2011

kisah seram penjara pudu

kisah ni btul2 trjadi.....takut beb....patut la penjara tu cm mnyeramkn... ....huh!! !!!!!!!!! Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil 'Bilik Terakhir'. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. 

Dinamakan 'BILIK TERAKHIR ' adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. 

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. 

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan 'Bilik Terakhir' itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? 

Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, 'Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa ' ' Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa ' Ha Ha Ha Ha Ha ' Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... ' 

hehehehehee. ....... ......... ..... time kaseh coz dengan kusyuknya korang baca........ p/s:- aku pun terkena...so apa salahnya aku foward kat korang... huah...huah. .. huah... huahhhhhhhhhhh

senior telan air liur junior

Akuh nak kongsi stuh cter ni yg mana aku mgenakan seorng senior yg ptut dikenakan.Zaman2 dulu ,kbnyakkan asrama ada je zaman jahiliyyah.Nak dijadikan cerita, asrama akuh dulu budaya suruh junior ambil air satuh cawan dah jdi pekara normal dah.akuh kat sana antara budak yg selalu kena suruh.

Ada satuh ari,aku pegi DS(dewan selera) nk makan malam.Tiba2 time akuh tgah dok amik nasi msuk kat ats pinggan,akuh dengar org memanggil aku.Aku dah agak da yg pgil tuh msti kaki kencing punya.KK(kaki kencin) tuh suruh akuh amik air dua gelas.Aku pon buat je la.

Time akuh bratur nak amik air,dalam hati akuh kate "ha ha ,lu bikin guwa panas aja...kalu dlm KL GAnster,org berani buat,brani tanggung,lu kencing,guwa pancung".so akuh p0n nk pancung arr KK tuh.Bila air tuh diisi separuh gelas,aku pun ape lagi...Kumpulkan sebanyak yang mungkin air liur aku dalam mulut smbil tersenyum...BIla dah penuh,akuh pon dengan banganya ludahkan air liur akuh tu kat dlm cawan tuh..lpas tuh,aku kacau skit air tuh bagi sebati.

Bila dah sebati, aku pgi kat meja yg dia tgh makan kat situ lalu bagi air tuh smbil berkata"bunk,nah air ni."lps tuh tros akuh blla..Dari jauh aku tgk dia minum air tuh dengan penuh nikmat sekali..HAHAHAHHA..padan muka!!!


 sekadar hiasan

Khamis, 16 Jun 2011

Masa kecil-kecil dulu(teringat kisah lama)

Dulu-dulu time akuh kecik-kecik  banyak benda yang bodo-bodo aku percaya...Maksudnya kalau sekarang ni aku dok ingat balik mesti äkuh kata pandai gila akuh ni..

Dulu-dulu  kalau waktu malam aku naik kete ngan bapak akuh,kalau nampak bulan mesti akuh dok pikir
"asal la bulan ni aku pegi mana pon dia ikut.padahal bapak akuh  dah bawa kereta dah jauh dah."
Ada sekali tuh akuh first-first akuh dok dalam kete, aku tengok bulan tuh asyik ikut akuh je..Bila lagi sekali akuh tengok da ilang...Akuh tanya kat mak akuh.Mak akuh jawap
"Bulan tuh hilang sebab ayah kamu bawa laju sangat.Dia tak sempat nk kejar"
Akuh pon time tuh percaya bulat-bulat.Sekarang barulah akuh tau yang bulan ilang sebab awan tebal yang halang..

Dulu-dulu bapak akuh selalu suruh akuh buat baik.Bila akuh tanya apa yg kita dapat kalau buat baik.Bapak akuh kata 

"kalau kita buat baik dapat PAHALA"

Aku time tuh tak tau apa maksud PAHALA,akuh pikir pahala tuh bagi otak kita jadi bijak.Nak tau sebab apa?Cuba korang sebut "PAHALA" dengan "KEPALA".Kalau dipanjangkan harakatnya bunyinya mcm nak sama.Aku dok pikir yang pahala tuh masuk dalam kepala sebab bunyi dua perkataan tuh macm  nak sama.Lepas tuh otak pun jadi la bijak..Sekarang ni kalau akuh pikir2 balik,mesti aku kata "Memang Bijak betul akuh ni"..

Dulu-dulu, kalau aku mandi laut ...Aku paling takut kalau pegi jauh-jauh.Sebab dulu akuh tak ingat sape entah yang kencing akuh kata

"Kalau nak mandi laut tuh, jangan pegi jauh-jauh.Nanti jatuh"

Aku pon percaya.Mana tak nya ,kalau akuh berdiri kat pasir smbil tengok laut.Aku nampak hujung laut tuh kalu aku pegi nanti boleh jatuh.Sekarang ni baru aku tau yang bumi ni bulat.Berenang tahap mana pon x kan jatuh.

Dulu-kalu kalau aku makan buah yang ada biji.Buah oren ke,buah limau ke.Aku hati-hati gila time makan.Takut tertelan bijik.AKu pikir kalau akuh telan bijik tuh,nanti ada pokok limau yang tumbuh dalam perut akuh.

DA arr...malas akuh cter lagi.Nanti kalau awek baca,buatnya diorang gelak kat akuh..Nanya ja....JAtuh harga akuh sebagai jejaka macho melaya..

Rabu, 15 Jun 2011

Kisah pelik zaman budak dulu.

Aku tak tau ape yang nak dipostkan untuk kali ini.Setelah beberapa kali memikirkannya,barulah keluar sebijik mentol kat kepala akuh.Macam ni situasinya :
 *jangan pikir aku berok ni pulak

Kali ini aku nak cerita time akuh masih mentah lagi(zaman belum ada jati diri).Aku dulu masa budak-budak dulu suka sangat buat benda yang pelik-pelik.Benda tuh kalau kalau korang pikir-pikir balik, mesti korang kata
"la....awat la bodo sangat akuh ni".
Ingat akuh x tau apa?Mesti ada punya arr...Kali ini aku nak cerita kisah akuh .

Perangai pelik aku pertama ialah dulu-dulu kalau dok naik kereta ke bas ke motor ke.Setiap perkataan yang akuh nampak tepi jalan semuaya akuh baca.Means cakap sorang-sorang la...Signboard la,nama kedai la,Shell la macam-macam la.
"Kedai Pecah Lemak,Stesyen Minyak Shell, Ipoh 14 Kilometer, Kenderaan berat masuk kiri, Rumah Urut Lim"  Kalau ingat balik mesti akuh ketawa sorang2..Hahah..

Perangai pelik akuh kedua ialah dulu-dulu time akuh darjah enam.Masa tuh akuh dah pandai bawa motor.Siap beli helmet  "KHI" lagi.Hari first je beli helmet tuh,ters je akuh pakai helmet tuh sambil bawa motor tuh pegi tempat tuisyen akuh.Padahal tempat tusyen akuh belakang rumah akuh je.Sekarang baru akuh sedar mesti orang yg tengok aksi akuh time tuh mesti gelak kat akuh...sumpah malu!


Perangai pelik akuh ketiga.Dulu-dulu akuh suka sangat buat rambut trojan pastu pakai gel yg kasi keras tuh.Aku pikir aku kacak arr buat cam tuh(maklumlah ikut trend budak2 zaman tu).Padahal macam burung belatuk !!!Apelah akuh ni?itu pon x boleh pikir ka?sumpah bodo time tuh.



Memang x boleh belah btul!!!da lah,cukup arr tiga isi je.Nanti x pasai-pasai korang gelak lebih-lebih kat aku pulak.

*Cuba korang ingat balik ape yg korang buat dulu sampaikan kalau korang ingat korang akn kata "awatla bodo sangat akuh time tu"

Selasa, 14 Jun 2011

Kisah di sebuah surau

Jari akuh dah longgar sbb asyik menaip aja.Kali ini punya entri aku x perlu menaip hingga memutuskanjari akuh.Tapi aku hanya perlu meraba-raba mouse dengan menekan butang kopi dan paste.


Boboi yang insaf
Kerana sudah berasa insaf, Boboi pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Boboi. Boboi tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Boboi menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Boboi kembali menepuk bahunya dan Boboi mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".


*amacam?ada gelak?kalau lu orang ada gelak,follow sama ini blog

Drama Melayu sekarang

Akuh sempanjang cuti sem ni beezi.Mana tak nya, homework betimbun.Tak cukup dengan tuh , meeting jangan cakap arr...Setiap hari ada ja..Baru-baru ni, Tan Sri Man asyik call enset akuh je.Dia ajak akuh main golf.Maklumle da lama tak main golf ngan dia.Lepas tuh pulak anak perempuan Dato' Kasim asyik ajak akuh shopping je..Pening kepala akuh..
Nak tengok drama melayu sambil baring pon susah!

Sembang pasal drama , teringin pulak aku nak komen pasal pasal drama melayu.Dari akuh kecik sampai skrang dah lama dah akuh cakap.Tapi tak sampai jugak.Kali ni aku sampai pun.Bagi akuh kebanyakan drama melayu semua pakai modai yang sama je.Kalau bab-bab cinta je mesti lebih kurang cam ini la :


Mamat : Eh,awak!mcm penah jumpa la...

Aweksss : A'ah la..rase mcm kenal...


Seminggu kemudian

Aweksss : U free tak ari ni?

Mamat : Mlm ni I free.Nak ajak I shopping la tuh.Mlm ni I jemput U ye...


Seminggu kemudian

Mamat : Sayang, Syng rindu sayang la..Sayang sayang sayang

Aweksss : Sayang pon rindu Syang juga...ngeeeee


Seminggu kemudian

Aweksss : Tak guna punya binatang!!!!dasar kaki betina!!!

Mamat : Tak guna punya binatang!!!dasar mata duitan!!!

                                                                       
Bagi akuh kebanyakkan drama melayu sumua dok pakai modai ni ( saya-awak lepas tuh I-U lepas tuh sayang-sayang akhir sekali BINATANG-BINATANG ). Last skali insaf.....
Tau sangat la...........

Kalau pembaca entri ni atok dia penerbit drama melayu ..Sori yup..Guwa cuma memberikan pendapat .Piece

Cuma keluarkan air liur basi, untung dah masuk

OK.Sekarang akuh nak cerita macam mana untung masuk poket akuh walaupun akuh time tu tengah tidur.Hahaha.(Mesti ramai yang pelik.Ai?budak kecil pon boleh dapat untung sambil tidur ke?)Asrama akuh boleh bawa maggi.Menurut kajian akuh, maggi merupakan aset peting dalam kehidupan pelajar cemerlang.Kalau x percaya?cuba tanya semua pelajar cemerlang?adakah diaorang makan maggi.Majoritinya kata "yes".Kalau nak cari orang yang paling dekat,tanya je akuh.Akukan excellet student.Dekat asrama akuh ni ade water heater.Benda alah tulah yang membolehkan bebudak asrama akuh makan maggi.Tapi,ada dua tiga minggu ni benda alahtuh rosak sebab wire dia kena gigit dengan member akuh.Akuh tau ade juga antara korang lambat pick-up skit,ni ha aku tunjukkan bentuk water heater tuh:


Nak dijadikan cerita, aku ade satu pemanas air elektrik.Dekat bangunan tuh cuma ada tiga saja cerik elektrik.Tuan punya yang paling muda sekali akulah sebab akuh form two time tuh.Form one tidak ada pun yang bawa.Time akuh sedang melepaskan hajat akuh sambil buat muka The Rock, akuh dapat satu ilham yang mana akuh boleh buat service.Siapa junior yang pinjam cerik elektrik akuh,dia kena bagi milo fuze kat akuh sebat.Lepas tuh,terus akuh wawarkan cerita ini dekat bebudak form one.





 Di suatu hari,aku laayan tidur akuh dari pagi hingga ke petang bersama mimpi yang begitu ngilu sekali.Maklumlah hari tuh hari Ahad.Hari paling best bagi akuh.Bila aja akuh bangkit dari tidor alangkah terkejutnya akuh bahawa disebelah kepalakuh terdapat bertimbun milo fuze.Rupanya-rupanya time akuh tidur tuh,ramai bebudak yg pinjam cerik elektrik akuh.Aku berkata.

"Bapak style guwa nih....Guwa cuma buat air liur basi je , Milo datang kat gua...HAHAHA!!!"

Sejak hari tuh,akuh buat service ni ampai arr water heater milik maktab aku kemabali pulih....

Didenda pumping dan tulis "hardworking" seratus kali

Selasa mlm Rabu.Hari tuh hari yg paling akuh ambil mudah sekali mengenai homework.Time prep malam, aku tidak usik langsung homework yang diberikan oleh cikgu-cikgu yang mahukan akuh berjaya satu hari nanti.Ini gara-gara aku berbual kosong dengan member-member akuh kat dalam kelas.Sambil diperhatikan budak-budak perempuan yg kusyuk menyiapkan kerja rumah.Aku rasa dalam hati diaorang mesti berkata "F**k boys are spending their time with talking about blue colour story".

Malam tuh,lepas je rowcall, akuh terus campak beg dan terus light off dan tidor.Padahal aku tahu yang betimbun homework  dlm beg colour pink aku yg masih belum disiapkan..Arh, mahpus pegi!!!!!!bisik akuh kat bantal yang di letakkan kat atas muka akuh..ZZZZZZzzzzzzzzzz............

Esok pagi, time akuh on the way ke kelas sambil diperhatikan perempuan-perempuan dri jarak jauh yg tergila-gilakan akuh(hiperbola).Dalam hatikuh berbisik "ape pat0t guwa buat ni?bnyak keje x siap lagi.Nahas guwa nnti".40saat kemudian tibalah akuh dikelas sambil menayakan member2 akuh sama ada diaorang dah siap ke belom.Aku cuak time tuh sbb member2 akuh smua dah siap.Akuh melihat tingkap smbil berkata "patutkah akuh terjun".

Tiba-tiba kedengaran bunyi kasut tumit tinggi.Rupa-rupanya cikguku.Beliau menanyakan siapa yg masih belum siap lagi keje yg beliau berikan smalam.Aku mengangkat tangan sambil buat muka mintak belas kasihan.Tapi akuh sedar yg muka akuh time tuh bkn minta belas kasihan, tapi mintak belasan tapak kaki.

cikgu : Ashjack,pump ping lima puluh kali.
akuh : ehmmm.....ok okay cikgu..
budak sekelas akuh : hahahah...buuuuuuuuuuuuuuuuu...............kehkehkeh...


Setelah selesai melakukan aksi menarik tersebut, aku kembali ke tempat akuh semula.Aku tau mesti ramai yg menyesal sebab ketawakan akuh.Apa?diorang ingat aku x boleh pumping apa?Ini Ashjack arr.....Sentiasa boleh.

Lepas Rehat

Aku duduk kecuakan  di bangku putihku disebabkan guru yg akan masuk lepas ni ialah cikgu yang berikan akuh homework yg sudah seminngu beliau berikan,tapi akuh masih tidak menyiapkannya lagi.Bila aja guruku itu masuk ke kelas,dia terus menanyakan siapa yg masih belum siapkan kerja yg beliau berikan minggu lepas.Aku mengangkat tangan smbil berdiri.Bilaku menoleh saja ke belakang,baruku sedar bahawasanya aku sorang sahaja yg berdiri.Cikgu akuh suruh akuh amik sehelai kertas dan sebatang pen dan disuruhnya akuh duduk di luar kelas untuk menulis seratus perkataan yang mana maksudnya begitu mendalam.Iaitu "hardworking".Time akuh duduk buat keje tuh kat koridoor sorang, segan giler bai.Awek2 yg mana lalu lalang kat situ smuanya pakat gelak kat akuh.Jatuh saham akuh buat kali kedua untuk hari tuh.





*Pengajaran: Buat homework kalau takot kena denda.


Ahad, 12 Jun 2011

Bahasa Pemikiran Citra

Dalam kesibukan aku sedang membeli jajan di koperasi sekolah.Aku terdengar ade awek yg berkata.

"Lawak ke?"

Terdetik hati akuh memikirkan sejak bila pulak perkataan yang menjadi sebutan remaja zaman ini dicipta?siapakah yang mencipta?Ape function ayat tuh?Adekah ia boleh mehilangkan jerawat?

Sepelas selesai akuh beli jajan tuh ,aku lepak kat kerusi dimana kat situ  ramai makwe-makwe yang lalu lalang.Time kusyuk akuh mengunyah,aku terdengar ade sorang makwemengatakan

"Ahaakssssssssss"

Geli akuh rase.Ingat apa?Dia buat cam tuh aku jatuh hati kat dia apa?Ingat dia buat cam tuh dia tuh hot apa?Aku taulah akuh kacak..Tiba terasa macam geli-geli kat poket peha gebu akuh.Lepas check-check.Anset rupanya.Didatangi satu mesej.

"Hi,you tgh buat apew jew?miss youlah..ngeee~~~"

Msg tuh dari awek yang gila-gilakan akuh(hiperbola).Terus akuh balas mesej tuh.

"Ehm,,,I tgh lepak keboringan ni.U kat mana jew?mish U la...."

Selepas tekan butang send.Baru akuh terfikir sejenak.Macam mana bangsa melayu nak maju kalau bahasa sendiri pun tak reti nak pakai.Hilang nanti Melayu didunia kalau macm ni la.....Teringat akuh kat P.Ramlee (member sekolah lama akuh).Dari situh aku try untuk mengunakkan bahasa melayu dengan aslinya.

harta pusaka

Dialog aku dengan John

Akuh : "Bai, guwa sudah tidak kuat lagi, guwa minta lu sambung mengusahakan kebun guwa..."

John: "Jangan cakap macam tu, bai.." (dalam hati, tak sia-sia guwa melawat dia... dapat pulak harta pusaka dia).

Guwa : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk lu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram setiap hari tanaman guwa."

John : "Baik bai, lu jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun lu? Guwa x penah tau p0n yang lu ade kebun.Banyak jugak harta lu ye..?"

Guwa : "Di Facebook guwa, FARMVILLE, nanti guwa bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"





*Cerita ni akuh penah baca time akuh muda2 dulu.Tapi entri ni akuh dah edit skit bagi sesuai dibaca oleh budak2 zaman sekarang.

harga akuh jatuh

Akuh kat sekolah duduk tempat paling depan skali...kalu buat silap sikit,sng je kantoi.Tapi x pa.Mengikut teori, duduk depan skali biasanya palajar cemerlang...tu asal gua sentiasa cemerlang,x caya?tgok ranking akuh dekat pejabat..

Kalau nk tau akuh mmg kaki tido dlm kelas, akuh p0n x tau sbb ape.Nak kate akuh tido lambat?setahu akuh, akuh la yg slalu tido awal kat asrama.Mcm2 cara dah akuh dah try,minum water cooler  dua botol la,minum kopi la,mkn gula2 getah la, mcm2 arr...Nak djadikan cerita, stuh ari ni ,cikgu Bahasa Inggeris akuh kasi stu kertas yg mana ada poems kat atas krtas putih tuh..time guwa tgh isi tempat kosong kat dlm kertas tuh, mata akuh nampak akuh tgh bawak kete Lamboghini warna merah (ZZzzz....)
 sekadar gambar hiasan
.
Tiba2 kedengaran stuh suara "Asjad,please read this"..sebagai langkah nk cover yg akuh tido tadi,aku pon baca arr poem tuh dgn smagat skali smbil berdiri,entah kenapa satuh kelas gelak kat akuh...rupa2nya diorg gelak sbb akuh merepek.Nak tau sbb apa?cikgu akuh sbenar nya cakap "asjad,take this".sia suruh amik ketas yg berada kat tangan dia...bukannya "read this".....
haduhhhh....segan gilerrrrrrrr........jatuh harga akuh sebagai jejaka macho kat situh...

chicken pox

Pelajar sekolah menengeh mahup0n skolah rendah semua cuti dua minggu....tapi guwa tiga minggu bai....
msti bila guwa masuk skolah nnti,guwa yakin msti ade yg cakp "amacam cuti panjang?best?????????"
hahah...guwa bknnya best sgt p0n cuti pnjang2 ni....asyik tgak skrin petak ni je..boring da....btw,layan jgak...

guwa sbenr da pack brang da nak balik itu pasir salak asrama,dlm hati guwa kata "cuti  ni bgaikan sehari,sehari ni bgaikan seminit,sminit ni bgaikan sesaat,sesaat ni bgaikan stu pecikan lighter " ,tpi tba2 ade satu gelembong kat tangan gua...huh??? chicken pox...gi klinik dapat cuti seminggu..duit abis banyak beli ubat tak sampai 1kg.....

Sekarang ni keje guwa hanyalah duduk dpan skrin petak sambil tangan meraba raba mouse.

guwa x terok mcm muka mamat ni


Rabu, 8 Jun 2011

best lagu ni,kalu x percaya?follow blog ni

Tips menjadi blogger terkenal

akuh x tau la blog akuh p0n x terkenal,ni nak plak nak bgi tips mcm mana nak terkenal...tpi ini blog akuh  bai,,,,bak kata pepatah ,blog akuh lantak akuh la...

Copy paste entry suratkhabar

Ini adalah cara yang paling senang. Selalunya kalau ada berita panas di Harian Metro, Utusan, Berita Harian atau Kosmo, sudah pasti suratkhabar tersebut akan laris bagai pisang goreng panas. Jadi, kalau nak berjaya, sila copy paste sahaja tulisan-tulisan tersebut ke blog anda, tanpa menulis dengan ayat sendiri. Sebagai contoh, jika ada berita “Adik-beradik ditangkap kerana melakukan sumbang mahram“, copy paste entry dari surat khabar dan buat tajuk yang seakan-akan sama. Sudah tentu, apabila orang ramai google atau search di internet, potensi blog anda untuk dipaparkan di muka depan google adalah tinggi! InsyaALLAH. SEO kot tu.



Ahad, 5 Jun 2011

rumah orang meninggal

ade stu hari,time cuti pertengahan between sem 1 dan sem 2..
ktika ku duduk menonto televsyen.akuh terdengar bunyi: tettet tetett..rupanya2 bunyi phone akuh...
slpas tkan butng read:salam...ni nak bgi tau ade org mningal dkt rumah blakang taman kitaa...mlm ni ada buat tahlil skit .lps isyak jempt dtg ya....
dlm hati akuh kate: kalu stakat pegi tahlil..on je....!!!!
mlm tuh lps je isyak.akuh kayuh basikal pgi arr rumah org meninggai tuh.....smpai je kat dpn rumah ur tuh...ade sorng pakcik berkata kata kat dpn akuh "jemputla masuk naik atas...x usohle nak malu malu...jemput... jemput...."elok2 je slsai tahlil ,time bkak tudung saji ,baru akuh prasan yg pak cik yg jemput akuh tak ade kat tempat tuh...aku p0n tnye arr kat sorang abg seblah akuh "bang,sye datang tahlil ni!tpi sya x tau spe yg meningai,spe arwah tuh bang???"....."tuh hahh"....balas abg macho tuh smbil tunjuk jari nya kat frame yg gantong kat dinding kayu rumah kmp0ng tuh.....alngkah tekojotttnye aku bahawa arwah yg mningal tuh rupa2nya pak cik yg jemput akuh msuk rumah tuh....ape lagi!!!!x sempat bsuh tgan,trus akuh cabut hingakan x sentuh tanah....



Facebook Dlm Kehidupanku

aku sign up facebook time umor akuh djah enam.dlm masa 3 bulan frens akuh bru je 40 org...ble tgk fbook member2 yg frens diorg 100 lebih je baru.aku dah kagum gila dah...lpas je aku msk skolah mnegah(SMKA),frens akuh da cecah 300 org...aku teringin nak tengok fbook akuh frens lebih dri seribu....dlm hati akuh kate "ape nak  buat ni bagi frens akuh lebih seribu..?"ha!!!!!!!!!TOINK!!!!!
aku dpt ilham supaya buat stu group ,pndpat akuh kate kalu akuh buat stuh group yg mudah utk dikenali,tentu diorg akan cri spe yg create group tuh...aku pon buat..skunk ni group tuh da 350 da yg join,fbook frens akuh pon mkin up la!!!!bila msuk bulan tga ,aku pnda skolah(mrsmps),akuh banyak add penuntut penuntut ilmu kat situ...TAPI x sume ye!!!yg lain tuh akuh rase diorg yg add akuh..(heehee)....frens akuh time tuh da 900 lebih...
SAMPAI STUH ari tuh ,akuh x prasan yg frens akuh da cecah seribu...lidah akuh berkata :BAPAK ARR!!!!...

dan kini akuh da form 2,aku tgok ade juga form 1 yg add akuh....
dan kini fbook bnyak buang msa akuh,akuh x tau sbb ape akuh log in fbook ni stiap ari...pntg sgat ke???
dan kini fbook makin lama makin bohsan..*tpi lyn jugaakkk....
dan kini fbook akuh setiap ari ade je kluar befday fbook frens akuh...msti lbey dri sorang.
dan kini fbook jadi kegilaan budak2 malaysia...


*ini blog akuh!!!lntak akuh arr tulis ape!!!!!

Sabtu, 4 Jun 2011

kalebihan surah al fath(menarik)


من كتاب "كنز النجاح والسرور في الأدعية التي تشرح الصدور" تأليف الشيخ عبد الحميد محمد علي قدس المدرس والإمام بالمسجد الحرام.

"قال أبو بكر النيسابوري: سمعت محمد بن عبد الملك يقول: سمعت يزيد بن هارون يقول: سمعت المسعودي يقول: بلغني أن من قرأ سورة الفتح يعني {إنّا فتحنا لك فتحا مبينا} أول ليلة من شهر رمضان في صلاة التطوع حفظ ذلك العام.
وقال بعض العارفين :من قرأ سورة الفتح عند رؤية هلال رمضان في أول ليلة وسع الله رزقه في ذلك العام إلى آخره وفتح عليه جميع مغلقاته من خير الدنيا والآخرة وإذا قرأها الضعيف كثيرا قوى أو الذليل عز والمغلوب انتصر أو المعسر يسر الله اموره أو المديون قضي دينه أو المسجون خرج من سجنه أو المكروب رفعه الله تعالى بلطفه وكرمه وبأسرار هذه السورة الجليلة .
كيف تصلي:

تصلي ركعتين مثلا بعد ثبوت رؤية الهلال وتقرأ في الركعة الاولى الفاتحة وونصف سورة الفتح ثم فيي الركعة الثانية الفاتحة والباقي من الفتح
Tersebut di dalam Kitab Kanz al Najah wa al Surur  Fi Ad’iah Allati Tasyrah al Sudurkarangan Syeikh Abdul Hamid Muhammad Ali Quds, salah seorang tenaga pengajar dan Imam di Masjid al Haram:

Telah berkata Abu Bakar al Naisaburi: saya mendengar Muhammad bin Abdul Malik berkata: saya mendengar Yazid bin Harun berkata:saya mendengar al Naisaburi berkata:

         ‘‘Telah disampaikan kepadaku, bahawa sesiapa yang membaca Surah al Fath iaitu surah yang dimulai dengan ayat {إنّا فتحنا لك فتحا مبينا} pada malam pertama Ramadhan di dalam solat, dia akan berada di dalam penjagaan Allah untuk tahun tersebut.’’

Telah berkata sebahagian Arifin (ulama’ yang kenal Allah) : 
        Sesiapa yang membaca Surah al Fath ketika melihat anak bulan Ramadhan pada awal bulan tersebut, Allah akan melapangkan rezekinya pada tahun itu hingga akhir tahun tersebut.

         Selain itu, akan terangkatlah segala kesusahan orang yang membacanya dan terbukalah pintu kebaikan untuknya dalam aspek dunia dan akhirat. 

         Jika seseorang yang membacanya seorang yang tersangat lemah, maka dia akan menjadi kuat. Jika seseorang yang membacanya seorang yang tersangat hina, maka dia akan menjadi mulia.

         Jika seseorang yang membacanya seorang sedang kalah (di dalam pertempuran), maka dia akan menjadi kuat.Jika seseorang yang membacanya seorang yang menghadapi kesusahan, maka dia akan dimudahkan.

         Jika seseorang yang membacanya seorang yang berhutang, maka dia akan mampu membayar hutangnya. Jika seseorang yang membacanya seorang yang terpenjara, maka dia akan dikeluarkan. 
          
           Jika seseorang yang membacanya seorang yang menghadapi bala dan bencana, maka akan diangkat bala tersebut, dan kelebihan-kelebihan ini tercapai dengan lafaz, kemuliaan dan rahsia-rahsia surah yang hebat ini.

Kaifiat Solat
Mendirikan solat sunat 2 rakaat, selepas yakin zahir anak bulan Ramadhan. Pada rakaat pertama anada membaca al Fatihah dan setengah surah al Fath dan membaca baki surah di rakaat kedua.     

sekiranya pengunjung blog ini merupakan pljr mrsm ps..bacala ni!!!!!!!

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

renugan agama buat pengunjung yg sudi singgah ke blog saya

"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim) 




Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : "Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih)


 "Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad) 




"Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya,dan sebaik-baik kamu ialah yang baik kepada isterinya" (Hadis Riwayat At-Tizmizi






"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim)


"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya" (Hadis Riwayat Al-Khatib)



Pentingnya ilmu dan akhlak

Salam syg kepada pengunjung blog sya..

SYa disini ingin berkongi mengenai satu pekara baik yg sya pelajari ketika mengikuti tazkirah seorng individu di tempat sya menuntutu ilmu.
beliau berkata kita harulah mempunya dua pekara ini di dalam diri kita:
ILMU & AKHLAK
..
apabila kita mempunyai ilmu tetapi tiada akhlak : kita akan menipu
kerana apa???pkir la sendiri

apabila kita mempunyai akhlak tetapi tiada ilmu : kita akan ditipu
kerana apa???pkir la sendiri

oleh itu,ilmu dan akhlak harus ada dalam diri seorang insan..


SELAMAT BERAMALLL