Pengikut YangDiapaksaUntukMengikut

Sabtu, 4 Jun 2011

kalebihan surah al fath(menarik)


من كتاب "كنز النجاح والسرور في الأدعية التي تشرح الصدور" تأليف الشيخ عبد الحميد محمد علي قدس المدرس والإمام بالمسجد الحرام.

"قال أبو بكر النيسابوري: سمعت محمد بن عبد الملك يقول: سمعت يزيد بن هارون يقول: سمعت المسعودي يقول: بلغني أن من قرأ سورة الفتح يعني {إنّا فتحنا لك فتحا مبينا} أول ليلة من شهر رمضان في صلاة التطوع حفظ ذلك العام.
وقال بعض العارفين :من قرأ سورة الفتح عند رؤية هلال رمضان في أول ليلة وسع الله رزقه في ذلك العام إلى آخره وفتح عليه جميع مغلقاته من خير الدنيا والآخرة وإذا قرأها الضعيف كثيرا قوى أو الذليل عز والمغلوب انتصر أو المعسر يسر الله اموره أو المديون قضي دينه أو المسجون خرج من سجنه أو المكروب رفعه الله تعالى بلطفه وكرمه وبأسرار هذه السورة الجليلة .
كيف تصلي:

تصلي ركعتين مثلا بعد ثبوت رؤية الهلال وتقرأ في الركعة الاولى الفاتحة وونصف سورة الفتح ثم فيي الركعة الثانية الفاتحة والباقي من الفتح
Tersebut di dalam Kitab Kanz al Najah wa al Surur  Fi Ad’iah Allati Tasyrah al Sudurkarangan Syeikh Abdul Hamid Muhammad Ali Quds, salah seorang tenaga pengajar dan Imam di Masjid al Haram:

Telah berkata Abu Bakar al Naisaburi: saya mendengar Muhammad bin Abdul Malik berkata: saya mendengar Yazid bin Harun berkata:saya mendengar al Naisaburi berkata:

         ‘‘Telah disampaikan kepadaku, bahawa sesiapa yang membaca Surah al Fath iaitu surah yang dimulai dengan ayat {إنّا فتحنا لك فتحا مبينا} pada malam pertama Ramadhan di dalam solat, dia akan berada di dalam penjagaan Allah untuk tahun tersebut.’’

Telah berkata sebahagian Arifin (ulama’ yang kenal Allah) : 
        Sesiapa yang membaca Surah al Fath ketika melihat anak bulan Ramadhan pada awal bulan tersebut, Allah akan melapangkan rezekinya pada tahun itu hingga akhir tahun tersebut.

         Selain itu, akan terangkatlah segala kesusahan orang yang membacanya dan terbukalah pintu kebaikan untuknya dalam aspek dunia dan akhirat. 

         Jika seseorang yang membacanya seorang yang tersangat lemah, maka dia akan menjadi kuat. Jika seseorang yang membacanya seorang yang tersangat hina, maka dia akan menjadi mulia.

         Jika seseorang yang membacanya seorang sedang kalah (di dalam pertempuran), maka dia akan menjadi kuat.Jika seseorang yang membacanya seorang yang menghadapi kesusahan, maka dia akan dimudahkan.

         Jika seseorang yang membacanya seorang yang berhutang, maka dia akan mampu membayar hutangnya. Jika seseorang yang membacanya seorang yang terpenjara, maka dia akan dikeluarkan. 
          
           Jika seseorang yang membacanya seorang yang menghadapi bala dan bencana, maka akan diangkat bala tersebut, dan kelebihan-kelebihan ini tercapai dengan lafaz, kemuliaan dan rahsia-rahsia surah yang hebat ini.

Kaifiat Solat
Mendirikan solat sunat 2 rakaat, selepas yakin zahir anak bulan Ramadhan. Pada rakaat pertama anada membaca al Fatihah dan setengah surah al Fath dan membaca baki surah di rakaat kedua.     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan