Pengikut YangDiapaksaUntukMengikut

Rabu, 24 Ogos 2011

Diary ramadhan A S J A D

Aku tau ramai orang menanti-nanti kehadiran akuh di sini.Dah sebulan akuh tak update.Setelah lama akuh tak loogin fbok , tadi baru akuh log in . Perghh!!! punya la banyak notification , ada la lebih kurang sebelas,duabelas .. Excited habis arr . Ingatkan ramai awek yng post kat wall akuh cakap "Selamat hari raya" ke "Selamat bebuka Puasa" ke "Maaf Ku Pinta" ke,rupanya budak-budak kecil duk anta request farmville la, cityville la kat akuh yang dah digelar abg macho ni.Kecewa sungguh.Setelah akuh meraba-raba mouse tuh dekat hampir dua jam,baru akuh perasan punya la banyak gamba masjid arr,kubbah arr,ketupat arr org duk post kat wall .Baru akuh perasan yg ramadhan da nak abis.

Kalau mcm tuh bek akuh postkan pasal puasa sebelum dia habis.Tapi ! apa barang post kat fbook,setakat dua tiga kerat je boleh! Bak kat ong putih, tak de kelasss arrrr....

Tu pasal la akuh datang sini nak kasi citer skit kat korang semua macm mana kisah berpuasa kat asrama ni.


Aku ingat lagi masa malam 1 ramadahan , time lepas magrib .Time tuh semua abg2,akak2,adik2 ada kat surau. Siapa entah , ckap kat akuh

"Jad,dah konfirm esok puasa.Lu kan kaki cari public city, tunggu pa lagi , pegi la buat penguman kata esok puasa"

Aku pon cepat2 pegi tempat imam ,  capai microphorn . Terus cakap  dengan gaya suara pak cik yng salalu pakai baju melayu kat dlm tibi yng bagi tau esok puasa tu.


"Bismiallahhirahmanrahim, assalamualaikum warahmatuallah hiwabarakatuh, perhatian kepada semua pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak, di sini terdapat satu penguman" *time tuh satu surau senyap sbb nak dgr suara akuh*".........pada esok hari, iaitu 1 ogos 2011 bersamaan dengan  satu ramadahan 1432 hijrah, bermulanya berpuasa''

Time tuh kecoh terus, mcm  budak kecik dapat tau esok puasa.


Dua tiga detik lepas tuh, aku ulang balik  penguman tadi, tapi  kali ni punya pengguman , pendengar-pendengar semua lagi kecoh macam budak kecik dapat tau esok raya.Sebab kali ni punya penguman akuh bagi ada salah sikit pasal tarikh


"Perhatian kepada semua pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak, di sini terdapat satu penguman, pada esok hari,iaitu 1 ogos 2011 bersamaan dengan  satu hijrah 1432 ramadhan, bermulanya berpuasa''

Segan abih arr time tuh.Tapi x pe,dapat juga nama akuh naik mlm tu.


******************* 


BAZAR 



Kali ni akuh punya citer pasai  bazar pulak.Antara 700 lebih bebudak kat sana aku la yg paling banyak keluar.Dalam bayak banyak ari pegi bazar akuh baru tinggal dua ari je ,tu pon sbb bas penuh.

Aku pegi pon bukan ape pon, dapat la jugak "mencuci mata".hakhak.Aku rase opah opah yang juai makanan kat bazar tuh semuanya da cam akuh.Mana tak nya, setiap kali akuh gi situ je,aku perasan ramai jugak opah opah yg duk usha akuh , tak tau arr usha sbb apa , sebab akuh ni kacak sangat ke sebab dia perasan yg akuh ni salalu pegi situ ke atau pun dia pelik tengok akuh bawa banyak sangat beg plastik.

Citer pasal banyak beg plastik yg akuh bawa, nak juga akuh citer psal beg plastik ni. Kalau orang luar tengok best arr ,  sebab mesti diorang pandang akuh ni  kaya.Hakhaks.Tapi kalau budak maktab nampak akuh bawak beg plastik tahap gaban punya banyak mesti diorang kata 

"hahah.asjad asjad!! tak abes abes jadi kuli orang"

Tapi kalau budak perempuan , ayat dia lain skit


"Ala la..siannya Asjad.Sapa yg order kat dia banyak sangat tuh mmg manusia  kejam"

Tapi nak buat cam mana , tu la hakikatnya kalau pegi bazar ni setiap hari.Orang dah target akuh da nk order .Sebab diaorang tau yg akuh ni  konfirm pegi punya.Kalau order setakat karipap seringgit tak apa jugak, ini tak, order kalah bapak nak sebelas.Yong tau fu la, pesembor la, roti pistol la, roti john arr.Nasib baik tak da Roti Asjad.Kalau tak,pancit arr akuh ni.Dah la bulan pose.Paling akuh benci sekali kalau ada org suh kluarkan duit. Karang kalau akuh kata x boleh pulak, nti dia doa  bagi akuh makin x hensem , hampeh akuh.

da arr, nti akuh sambung lagi .Nak pegi berrak jap.Salammualaikum.

3 ulasan:

  1. agk syok la blog nih!....boleh dkaregorikan TERBAIK!... :)


    -cheatahgirl_03-

    BalasPadam
  2. aduuh, berkesan ceritanya. hha

    BalasPadam